Thursday, April 2, 2015

Review: Furious 7

Assalamualikum and hi again.... Cerita yg memang aku tunggu2kan dari tahun lepas. Aku rasa bukan aku jer yg menantikan cerita nie bleh kata semua mcm aku gak.... Yang nie mmg aku tak kira p tengok sorng pun sorng ler.... huhuhuhuhu.... Jd semalam 1st day tayangan filem Fast & Furious 7, aku mmg tidak membuang masa terus ler berkejaran ke Times square, nasib baek aku p sorng sbb mmg full house cuma tinggal seat satu sini satu sana... Dan dapat ler aku seat B5 hahahaha....


Sequel yg ke 7 bagi siri Fast and Furious kali ni dimulakan dengan pengenalan watak Deckard Shaw lakonan Jason Statham mencerobohi hospital dan berjanji untuk membalas dendam terhadap orng2 yg menyebabkan adiknya Owen Shaw terlantar di situ... Sapa yg buat adik die mcm tu... dah semestinyer geng2 Toretto. Pada masa tu, semua dh hidup almost happy ...Tp dengan insiden letupan di rumah Brian dan kematian Han membuatkan dorng tahu yg dorng nie dalam sasaran.... Jadi apa yg berlaku lepas tu dan betul ker apa yg diramal semua orng dengan anggapan bahawa watak Brian O'Conner akan dimatikan dipenghujungnya.... hmmmm, yg nie korng betol2 kena tengok.... Aku tak nk cerita nnt tak best lak pulak kan... hihihihihi

Pada aku movie nie mmg betol2 best dan boleh aku katakan antara movie yg terbaik bagi tahun 2015 nie.... Mmg aku sarankan semua orng untuk tengok cerita nie, klo boleh tengok lah kat panggung. Serously mmg best... Berbaloi lah dengan tiket wayang yg dikenakan GST.... (-.-")

Semua scene mmg syok mmg aku tak lepas pandang pun dari skrin panggung sampai enpown vibrate berpuluh2 kali aku tak layan pun hahahahaha... Babak dorng turunkan kereta2 dari kapal terbang dengan menggunakan payung terjun... seriously memang EPIC dan kelakar.....



Dan satu lg scene yg dorng melompat dari tower to tower.... Mmg best dan menerujakan (hurmmm betol ker perkataan tu, huhuhu) (-.-") apa2pun mmg banyak scene yg sangat best untuk ditonton...



Dan penghujungnya dorng letakkan sudutan2 bagi mengingati Paul Walker dari movie2 yg sebelum nie serious mmg cukup terasa... sedihhhh.... :'-( .............


Apa2pun aku bagi 5 bintang penuh untuk filem ini... Mmg best dan mmg berbaloi...


Ok tu jer untuk entry kali nie... kita jumpa lg dalam next entry... Rasa nak cite pasal baby2 i pulak, lama tak cite pasal dorng, hihihihi... Ok lah yer bye2...with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"


Sunday, March 29, 2015

Review: Cinderella

Assalamualaikum and hi again :-) .... Cinderella.... hmmm.... sape yg tak pernah menonton cerita nie... tipu lah klo aku cakap aku tak pernah tengok pun ... huhuhuhu btw its one of my favorite fairy tail masa kecik2 dulu lah... Cerita yg penuh dengan nilai dan pengajaran.... 

Baru2 nie, cerita Cinderella telah direalisasikan (wah ayat kau bukan main) hahahahaha lebih kurang macam dimanusiakan lah hmmmmm.... Mula2 masa aku dapat tahu pasal cerita nie aku agak tak sabar untuk menanti pergi menonton kat wayang... aku nk tengok apa perubahan yg dorng lakukan bagi memodenkan cerita klasik ni... memang harapan aku tinggi untuk cerita ni....


Korang pernah tengok tak movie Maleficent.... Macam mana dorng ubah twist cerita Sleeping Beauty menjadi pada pandangan watak jahat iaitu ahli sihir Maleficent.... Dan kali nie aku mengharapkan benda yg sama.... :-)

Jadi baru2 nie lepas abis keje malam aku dengan penuh kegigihan pergi le menonton cerita nie kat GSC Times square (port biasa aku, huhuhuhu ) ....

Masa permulaan cerita nie ditayangkan short movie pasal frozen fever ... aku tak tahu lah mmg semua tayangan akan ada atau masa aku tengok tu jer ada.... cerita pasal birthday Anna... apa2pun short movie nie mmg best terbaik.....



Ok kita sambung balik ker Cinderella...




Cerita bermula dengan pengenalan sebuah keluarga yg sangat bahagia iaitu sepasang suami isteri bersama anak perempuanya Ella... bagaimanapun kebahagiaan itu tidak berkekalan lama apabnila ibu Ella telah meninggal dunia dan tinggal lah Ella bersama ayahnya sehingga dewasa. Akibat kesunyian ayah Ella telah mengambil keputusan untuk berkahwin. Pada masa itu, Ella telah mendapat keluarga baru iaitu ibu tiri dan 2 orang kakak tiri. Lepas tu ayahnya pula meninggal dunia maka tinggallah Ella bersama keluarga tiri nya....




Disebabkan terpaksa menanggung hutang ibu tirinya terpaksa memecat semua org gaji di rumah mereka dan Ella terpaksa mengambil alih tugas membersih dan membasuh seperti orang gaji yg tidak berbayar.... Hidupnya bertukar apabila die bertemu dengan prince charming, Mr. Kit (yg mengaku dirinya adalah perintis di istana).....




Hurmmmm..... disebabkan aku meletakkan harapan yg tinggi untuk cerita ni tp unfortunately aku merasakan cerita ni sangat mendatar... ye aku akui segalanya dalam cerita nie sangat indah sweet2 gitu, tp aku tak merasakan apa2 pun ianya seakan2 copy and paste cerita asalnya tanpa sebarang excitement.... Sesungguhnya aku mmg sangat kecewa... (hahaha over sangat jer) ^____^


Pada aku lah banyak yg tak kena dengan cerita nie... watak keluarga tiri Ella mmg superb tp watak prince charming yg tak cukup kecharmingan nyer dah ler sedikit pendek pastu nmpk kebuncitan di situ, hahahahaha. Tarian pembukaan di majlis tari menari tu sangat awkward (dedua nmpk kayu) aku bukanlah pandai menari tp aku blh nmpk dorng menari mmg tak kena... huhuhuhu... last watak fairy god mother tu aku mcm tak faham kenapa ada....  ye mmg betul lah watak tu dalam versi asalnya tp untuk jalan cerita yg real life nie mcm tak kena. melainkan lah die buat sedikit perkenalan watak  fairy god mother ni here and there dri permulaan cerita... entahlah aku rasa sedikit perubahan mungkin cerita nie akan nmpk lg beauty and fairy like....  hahahaha ni pandangan aku jer, sbb sepanjang hampir dua jam aku tengok aku tak rasa apa2 pun, rasanya aku lebih excited mknan popcorn... huhuhuhu..... 



Sebenarnya aku lg prefer versi kartun berbanding yg nie sbb tiada sebarang keistimewaan yg aku lihat pada cerita ni... Jd secara keseluruhan aku cuma boleh bg sebanyak 3 bintang... huhuhuhu
Ok lah aku rasa ini aja untuk kali nie...sebenarnya entry yg nie aku dh tangguh hampir 2 minggu nk siapkan huhuhuhuhu tersangat2 malas aku nk siapkan waaaaa (-.-") ... apa2 pun  insya'llah akan update entry baru secepat mungkin.... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Saturday, March 14, 2015

Review: CHAPPiE

Assalamualaiku and hi again... i'm BACKKKKK.... hahahahaha jom2 sambung buat review. untuk entry kali nie aku nk buat review movie yang agak latest iaitu cerita CHAPPiE......cerita nie baru keluar beberapa minggu lepas dan aku berkesempatan menonton last week....




CHAPPiE merupakan sebuah robot yg memiliki perasaan dan keupayaan berfikir secara sendiri. Awalnya CHAPPiE hanyalah sebuah armour-plated police robots yg digunakan dalam membanteras kes-kes jenayah. Bagaimanapun penciptanya Deon Wilson telah berjaya menghasilkan cip penambahbaikan yg mana mampu membuatkan robot2 ni berfikir dan mempunyai kretiviti yg tersendiri. Namun usul mengupgradekan robot2 nie telah ditolak sebulat2nya oleh CEO nya. Disebabkan terlalu mengikut perasaan Deon secara diam2 telah membawa keluar sebuah robot yg hampir dimusnahkan dengan harapan untuk membaikinya dan menguji cip tersebut.



Geng ninja, aku tak tau nk cakap dorng nie watak baik atau jahat sebenarnya mungkin tengah2 kot. Dorng nie telah berhutang dengan gengster besar dan terpaksa menjelaskan hutang tu dalam tempoh yg terdekat. dalam keadaan terpaksa tu dorng berhasrat untuk menculik Deon dengan harapan untuk memiliki alat kawalan robot polis tu. Tp bagaimanapun dorng telah menjumpai sesuatu yg lebih baik, iaitu CHAPPiE.... Apa yang jadi dengan CHAPPiE dan adakah CHAPPiE menjadi seperti yang diharapkan oleh Deon??? Yang nie korng kena tonton sendiri....



Moose merupakan sebuah lg robot keluaran Tetravaal hasil rakan sekerja Deon... Robot nie tidak begitu digemari disebabkan saiz dan rupa yg tidak berapa sesuai digunapakai.

Secara keseluruhannya, aku boleh ckp cerita nie boleh tahan lah cuma aku tak faham apa yg dorng nk sampaikan dan apa ideology yang ingin diketengahkan... plotting bagi cerita nie ok not that bad cuma penghujung cerita die aku tak berapa berkenan what on earth dorng fikir boleh memindahkan kesedaran manusia ke dalam robot. lg best siap boleh save tahap kesedaran org mati dalam pendrive dan install masuk dalam robot.... Seriously!!!!!!!

Klo cite Kingsman  aku tengok midnite mata mmg terbeliak habis sampai ke penghujung tp berlainan pulah cite nie aku tengok tayangan jam 1030 mlm tp dekat kol 12 aku dh banyk kali menguap... huhuhuhu so faham2 je lah maksudnyer... huhuhuhu

Oklah jadi untuk cerita CHAPPiE aku beri tiga setengah bintang...... boleh lah kot tp klo dorng ubah penutup cerita die mungkin lg better rasanya... die buat Chappie hanta Deon ke hospital ker dan seterusnya terhasil dunia manusia hidup bersama robot dengan aman huhuhuhu (-.-")....



Aku rasa tu jer untuk kali nie kita jumpa lg di entry lain yer, dorng dok panggil dh banyak kali dah nie... k byeee... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"