Wednesday, November 26, 2014

Grey's Anatomy

Assalamulaikum and hye again.... :-) Untuk entry kali nie aku nk cerita mengenai one of my favorite drama  lain dan tak bukan the only one "Grey's anatomy". 

Cerita nie aku tengok dari aku zaman sekolah menengah lg (kalau tak silap lah 2005). Lama lepas tu aku stop tengok sebab ntv7 stop tayang cite nie... so frustrated... :-(


Jadi masa aku kat kolej a few years back, aku mulai mengumpul semula cite nie dari season 1 sampai ler yg latest (masa tu season7). Setiap hari aku akan tonton cite nie sebagai pemangkin semangat aku. Kirenya cite nie yg beri aku mojo setiap ari untuk menghadap masuk ke hospital.

Basically cita nie menceritakan mengenai sekumpulan doktor pelatih yang menjalani internship di sebuah hospital. Di sini dorang mengenali satu sama lain mengharungi kehidupan suka duka bersama. Sebuah cerita yang boleh aku katakan seronok untuk ditonton. 
 
Macam dalam mana2 cita yg biasa kita tengok mesti akan ada satu watak yg kita rasa seakan2 diri kita. jadi dalam cite Grey's anatomy nie aku selalu beranggapan aku nie kononnya macam Cristina Yang (lakonan Sandra Oh)... Aku anggap watak Cristina nie sebagai seorang yg bad ass, aggressive and yet intelligent. Seorang yg nampak cold, bermulut yg main lepas dan bukan yg diminati dikalangan kawan2 die tp dalam diam die seorang yg baik yg cuma tak reti menunjukkan perasaan.

Unfortunately watak Cristina telah bubarkan sehingga season 10.... owhhhh sedihnya (-_____-) .... Dengan ketiadaan watak Cristina dalam drama nie membuatkan aku hilang minat untuk sambung menonton untuk season 11. Aku tengok 1st and 2nd episodes dan aku rasa ianya TIDAK MENYERONOKAN.... Sepatutnya episdos pertama dan kedua bagi setiap seri memainkan peranan penting bagi menarik minat penonton untuk terus bersama menerajui sehingga season finale.  Shonda Rhimes you have fail it, sorry to say... Tapi kan ok lah mana ada cite yg boleh bertahan panjang2 mesti mati kutu nk cari idea baru... takpe2 nnt aku ada masa aku cubalah tengok balik season 11 nie.... huhuhuhuhuhu

Hurmmm rasanya aku patut letak tajuk entry kali nie sebagai "farewell to Cristina" kan... huhuhuhu tak pe lah yer... (ikot aje labu) Ok, sebelum aku nk menutupkan entry kali nie aku nk share satu quate yg dipetik dari cite nie...

  Whenever we think we know the future, even for a second, it change. 
Sometimes the future changes quickly and completely, and we're left only with the choice of what to do next. We can choose to be afraid of it, to stand there trembling, not moving, assuming the worst that can be happen, or we step forward into the unknown and assume it will be brilliant.

Aku harap mungkin aku akan tarik kata2 aku nie.... kita tunggu dan lihat je lah yer...Hurmmm ok lah yer nk masuk tido lah, untuk entry lepas nie, aku ingat nk cerita pasal anak2 aku ler rasanya dh lama aku ceita pasal dorang... ok tunggukan cerita pasal burung2 aku tu...  with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Thursday, November 13, 2014

Interstellar (Review)

Assalamualaikum and hi again.... sabtu lepas aku settlekan urusan aku kat SMK convent bukit nenas (well i'll tell u bout this some another time, hihihihihi) dalam jam 130 lebih kurang ler aku ambi teksi n terus ke times square... owh tambang teksi sekarang bukan main, aku duduk tak sampai 15 minit dh rm8.50 dh ler tgh kering tp aku redhakan jer klo tau aku bwk moto jer.... huhuhuhuhu

 
Ok2, sesampai jer aku kat times square aku terus ke tingkat 3 cari panggung wayang. n hopefully tak ramai lagi time tu... hurmmmm tp ternyatanya tidak, nampaknyer org KL klo bab jalan2 ujung minggu rasanya lg awal dorng bangun... aku pun beratur panjang adalah dekat 15 minit, sambil2 tu aku tengok cite apa yg boleh aku tengok. biasanya mcm nie ler perangai aku, aku xsuka nk rancang biar aku sampai jer kita tengok cita apa yg ada. jd masa tu  cuma cita yg paling awal cumalah citer Interstella jam 230... aku pun ok lah, lg pun ada Anne Hathaway (she so damnnn gorgeous) jd arapnya cite nie best lah hendaknya.... huhuhuhuhu


Secara am nyer cite nie berteraskan unsur sains fiksyen yg mana pencarian dunia yg baru to be exactly they want to find a new earth.... Macam mana2 cerita sains fiksyen yg lain, pada masa akan datang bumi dh semakin tandus satu2nya tanaman yg boleh ditanam hanyalah jagung yg lain nya hanyalah debu. Jd pihak NASA telah membuat penerokaan mencari alternatif kehidupan lain di alam semesta. bukan main lah dorng menjelajah merentasi masa dan bagai dan akhirnya dorang pilih Saturn...cehhh....

Huhhhh penantian nk tunggu cite ni sampai abis bukan main kepalang dh... aku masuk panggung jam 0230 n keluar jam 530... seriously bosan dan amat membosakan permulaan cerita yang sangat slow dan penamat yg mengarut. aku sebenarnyer mengharapkan cerita nie akan jd lebih kurang cerita Armegeddon (one of the best science fiction movie).... Tp nasib baek Anne yg sangat hot (-.-")

Jadi secara keseluruhan aku cuba boleh bagi cite nie 1 setengah bintang yang aku kelaskan cerita nie sebagai tak payah tonton pun tak pe... (sorry but its the truth)  ....

Ok itu saje untuk kali nie, harap aku ada masa utk kerap ke panggung utk buat lg banyak review (i wish) .... Kita jumpa lg yer :-)  with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Tuesday, November 11, 2014

time fOr thE truth.....

Assalalamualaikum n hi again.... maap sangat2 sepatutnya post nie aku dh update semalam mcm yg aku dh janji sebelum nie, tp tah kenapa my stupid leptop or that stupid handphone tak boleh nk recieve n connect bluetooth. so xboleh nk sent pic.... huhuhuhuhu.... jd selepas dh digodek2 dp ler sent pic yg aku tunggu2 nk dedahkan...


time for the truth.... (-.-") 



bila aku dp jer news nie aku cuma boleh ungkapkan.... it's just another bad news for me...
disappointed, devastated and heart-broken  perkataan yg hanya boleh mengungkapkan kata2 nie.... 
mcm2 yg terpampar dlm pemikiran aku masa tu.... am i not good enough? adakah segala2 yg aku curahkan semasa bekerja tidak mencukupi? i put all my life to my work.... hospital dh mcm my 1st home.... sedih bila pihak pengurusan hospital telah membangkitkan isu cuti sakit aku pada hujung tahun lepas katanya cuti aku dh lebih limit iaitu melebihi 20 hari.... tp bukan aku yg mintak untuk aku patah kaki kena langgar semasa pergi kerja plus aku punya extended MC yg dortor ortho bagi tu pun aku tak pakai...

demmmm yg cuti tahunan aku kena burn lebih 15 hari (to be exactly 22 days) tak de pulak dorang nk pertikaikan. takde lak dorng nk tengok rekod cuti aku tahun nie (dri awal tahun cuti tahunan aku xtersentuh pun kesemuanya ada lg 33 hari) n rekod kehadiran aku bekerja at least sebulan kerja lebih masa aku  mencecah 100 jam dan ke atas. tu tak kira lg berapa bnyk ot aku yg tak dibayar... BONGOK!!!

macam2 aku blh ckp untuk pertikaikan benda nie tp apa yg terjadi tak boleh  utk aku undurkan. my boss cakap die akan adakan meeting untuk bangkitkan benda nie tp tak tahu lah betol atau tidak ke die hanya nk tenangkan aku... dorng ckp aku masih awal lg baru setahun.... well look at my middle finger.... tp kita cuma tunggu je lah apa akan jadi lepas nie.... hurmmmm

tapi bila aku fikir2kan balik mungkin ada hikmahnya disebalik semua nie berlaku... tak semua perangcangan yg kita buat akan berjalan lancar... that's why we call it as plan... aku dh mulai terima semua ni, tak mati pun aku kalau lambat disahkan jawatan tak gitu.... aku ucapkan tahniah jugak pada kawan2 yg interview ari tu yg bakal terima berita baik... 

people do said "life goes on" .... apa yg terjadi tu aku akan jdkan ikhtibar. mungkin aku rasa kerja aku dh ok (not yet to be excellent) tp mungkin ada beberapa faktor yg aku kena nilaikan pada diri aku yg menyebabkan rekezi kali ni bukan untuk aku....

teringat kata-kata seorang doktor...
bila kita tidak mendapat sesuatu perkara yg dihajati itu mungkin terdapat 3 kemungkinan...
1. mungkin bukan rezeki kita dan ianya milik orang yg lain
2. mungkin ALLAH menyediakan sesuatu yg lebih baik untuk kita
3. dan mungkin sekiranya kita perolehi rezeki itu dan ianya mungkin akan menjadi punca kebinasaan kepada kita.

jd aku percaya kepada Qada' dan Qadar dan segala ketentuan Ilahi... and sure to all my friend i'm now ok, n i'll keep smiling as always :-)

jadi dengan ini terbongkar lah segala2nya yg bermain2 n pertanyaan semua orang... so jgn nk tny betol ker aku tukar jabatan ke tak... choiiiii semua itu adalah tidak betol. nie ini lah kebenaranya ;-) 

ok itu jer utk kali nie... i nk siap2 nk keje mlm lak nie byeeeeeee...with LOVE & FAITH, story of mine "black friday" 


Saturday, November 8, 2014

it's a BAD news LATHIF

Assalamualaikum and hi ....  it's a normal things dalam hidup yang mana kita akan terima perkhabaran buruk (tak kan ler sepanjang masa kita nk dengar berita baek je kan) its actually a good thing so we'll do appreaciate everything that just happen to our life... but for how long do we need to accept the reality? people do said that life goes on.
                    so just accept the reality and move on bitch...

Jumaat lepas aku ada update satu status yg membuatkan dinding2 di ED tu bercakap2....  bagaimanapun sy amat hargai atas ambil berat yg kalian tunjukkan itu... (cehhh skemanyer ayat)

Sebenarnye malas nk ungkapkan cerita nie dlm blog tp rasanya ramai akan tanya bila jumpa aku nnt.... huhuhuhuhu sebenarnyer bad news tu xde kaitan langsung dengan pertukaran jabatan yang aku omong2kan dlm ruangan komen tu (huhuhuhuhu, gurauan tu telah dipandang serius rupanya, demmm) gila apa aku nk sedih dapat tukar jabatan (T.T)

Jadi apa yang membuatkan aku sedih sangat sebenarnye......

Masa ari jumaat tu aku post nite, jd seriously aku mmg nk bermalas2lan kat rumah sambil layan kusinero cinta (hihihihi baru jer episode 35) dalam jam 1643 masa aku leka menonton aku mmg dengar panggilan telefon tp saja aku xnk jawab (seriously malas tu bukan kepalang rasanya) p.s: aku mmg tak suka menjawab telefon huhuhuhuhu......

Jd dalam jam 1715 lepas aku solat asar aku bukak telefon tengok ada 3 panggilan dari EDCC. so aku pun call balik n dapat tau bos minta aku call die balik urgent katanya. aku pun sedikit was2 n msg incharge untuk tanya. aku pun dp jawapan yg sama yg mana bos suruh aku call die sebab ada bende penting untuk bg tau....

(-.-") adoiiii berdebarnyer aku rasa.... selepas 3 kali call n 1 msg akhirnya dp jugak berckp dengan bos....

aku: good evening incik B, maap ganggu lepas waktu pejabat. lathif sini.
bos: owh ok xpe.
aku: incik B, sy dp tau incik minta sy call ada bende urgent katanya. is there any i can help?
bos: lathif maap, sy ada  BAD NEWS untuk awak....
aku: glupppp.... 

APA!!!! jeng jeng jeng...... 

Hihihihihi sampai sini jer aku nk kongsi cerita kali nie. Nampak sedikit tergantung di situ kan.... xpe nnt Isnin nie aku dh comform dp dokumen tu aku share ngan korang yer... korng jgn risau i'm already accept the reality n i'll move on... cuma korng tak payah ler dok tanya2 kat semua orng pasal benda nie. tunggu jer isnin nnt... (wah wah wah mcm drama bersiri lah pulak)

Ok jumpa korang nnt... i nk masuk tido dh esok nk keje dable....  with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"