Monday, January 19, 2015

Review: iNto the wOOds

Assalamualaikum and hi again to all :-) ...Korng ingat lg tak rabu lepas masa aku buat 2nd entry kononnya aku ckp nk p tengok wayang petang tu pastu mlm nk masuk keje buat OT. tp akhirnya aku tersadai atas katil semua lebur.huhuhuhuhuhu wayang ke mana OT pun ke laut.... kikikikikiki ;-P Jadi mlm tu aku try ler tengok movie2 baru last2 aku tertarik dgn trailer movie Into the Wood... Sebuah filem terbitan Disney dengan itu aku mempunyai expectation yg sangat tinggi untuk filem ni...




Into the Wood merupakan sebuah filem yg diadaptasi dari teater muzikal yg dipersembahkan di Broadway theater kalau tak silap pada tahun 1987. Filem terbitan Disney ini membarikan para pelakon yg hebat2 antaranya Meryl Streep, Emily Blunt, Anna Knedrick, Chris Pine dan penampilan istimewa dari Johnny Depp...
Sipnosis: Filem ini mengisahkan sumpahan yg dikenakan terhadap sepasang suami isteri dari mendapatkan zuriat. Oleh itu, demi merungkaikan sumpahan itu mereka perlu mendapatkan beberapa ramuan antaranya seekor lembu seputih susu, rambut sekuning jagung, mantel semerah darah dan kasut dari emas. Sepanjang pencarian ramuan, mereka telah menemui watak2 dari fairytale seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, Rapunzel dan Jack.  
Rambut sekuning jagung "Rapunzel"
Cape semerah darah "Little Red Riding hood"
Kasut dari emas "Cinderella"
Lembu seputih susu "Jack &the beanstalk"
Pada aku lah selain dari barisan pelakon yg hebat cerita nie merupakan satu kegagalan... huhuhuhuhu sorry to say.... Dengan penceritaan yg sangat haru biru aku agak kecewa sebab harapan aku sangat tinggi... hello!!! these are my childhood stories. Macam mana dorng boleh fikir utk fusekan keempat2 cerita nie menjadi satu dengan moral "be careful what you wish for"  ... Permulaan cerita tersangat pantas sehinggakan aku terpinga-pinga dan membuatkan aku terfikir apa yg aku nk tulis untuk review kali nie (-_-") Disappointed really disappointed....

Bagaimanapun, tak semuanya teruk. Susun atur muzik yg disampaikan agak seronok untuk didengari dengan lawak here and there dan tidak membosakan...




Secara keseluruhan aku cuma blh bg dua setengah bintang sahaja untuk filem ni.... aku betul2 minta maaf mungkin ada yg kat luar sana tidak bersetuju dengan aku tp ini cuma pendapatan aku sahaja.it's kind of rude to say tp aku rasa movie nie korng tak yah ler buang masa untuk p nengok. baek layan Hindustan kat rumah... huhuhuhuhu
Ok aku rasa tu jer lah untuk review kali nie. Aku nk siap2 nk p shopping. need a new pair of sport shoe... Ok daaaa... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"
 

Wednesday, January 14, 2015

Review: Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum and hi again. Bagi melengkapkan janji aku untuk menghabiskan ketiga2 entry ari nie aku ingin menyajikan korng dengan review untuk cerita Melayu iaitu Manisnya Cinta di Cappadocia.... Hihihihihi cite nie secara jujurnya aku tak berkesempatan untuk tonton di pawagam atas kengkangan masa di tempat kerja, tp bagaimanapun aku berjaya mendownload dari internet hihihihihi.... :-P



Rasanya ramai dh pun menonton cite nie tp mcm manapun aku still nk cerita juga lah yer... Filem lakona Fazura dan Shaheizy Sam nie sebenarnya diadaptasi dari novel Manisnya Cinta karangan Anis Ayuni. Secara jujurnya, aku bukanlah peminat novel2 terutamanya novel Melayu (cehwahh poyo) lgpun dunia baca novel nie dh lama aku tinggalkan years ago. Seperti mana2 novel yg diadaptasikan menjadi filem or drama sudah semestinya korng akan fahami ada terdapat sedikit kekurangan dari segi penceritaan asal yelah mana blh nk muatkan keseluruhan novel menjadi filem.

Ok cerita nie berkisarkan mengenai kisah hidup Ifti Liyana, seorang interior designer yg baru saja memutuskan percintaan dengan lelaki yg lama dikenalinya. Hidupnya berubah bila dia didatangi seorang lelaki Nazmi yang mengaku dirinya bekerja sebagai pembandu bas. Bibit percintaan mula mekar apabila Nazmi mengikuti secara sengaja Ifti ke Turki. Perasaan cinta dan sayang mula menguasi diri Ifti terhadap Nazmi. Namun setibanya di Malaysia die telah menjumpai Nazmi bermesra bersama wanita lain. Disebabkan merasai perasaan kecewa ditipu sekali lagi, Ifti mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan itu tanpa mendapat penjelasan dari Nazmi. Jadi apakah pengakhiran percintaan itu? Adakah Ifti telah ditipu sekali lagi? Adakah betul Nazmi telah berkahwin? Semua persoalan itu akan terjawab bila korang tonton cite nie. Walaupun aku tau korang dh ada jawapan tu aku still nk mempoyokan diri.






Secara keseluruhan, aku kelaskan filem nie sebagai filem yg agak ringan yg tak perlu merumitkan kepala untuk menontonnya. Agak relex dan sesuai ditonoton diwaktu terluang bersama family. Dan rasanya klo aku tengok filem nie di wayang sekalipun aku still akan berpuas hati dengan penceritaannya. Dari perwatakan plak, bagi aku Fazura memang sangat sesuai dan berjaya membawa watak Ifti dengan sangat bagus manakala watak Nazmi lakonan Shaheizy Sam pula okay not bad cuma mungkin aku mengharapkan lebih kot dan aku membayangkan seseorng yg lebih perwatakan romentik. hihihihihihi....
Ok, untuk filem nie aku bagi 3 setengah bintang (ok lah kan)....sesuai untuk ditonton berulang2. hahahaha setakat nie aku dh 4kali ulang cite nie... werrkkk ;-P

 Ok nie aku nk share beberpa quotes yg dipetik dalam filem nie... jom2 layan jer...






Yesss akhirnya aku berjaya melengkapkan ketiga2 entry (T_____T)... harap korng semua enjoy membaca coretan aku yg tak seberapa nie... apa2pun kita jumpa untuk entry lain pulak ye nnt, with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Tuesday, January 13, 2015

Reveiw: sEventh 7th sOn

Okay I'm back... Seriously aku paling benci klo dapat sembelit... arghhhh demmm.... Baiklah kita balik dengan entry yg kedua.... Sabtu lepas aku p tengok wayang kat Mid, awalnya aku memang nk tengok cite ni cuma tak berkesempatan. Aku mmg suka sangat2 cite yg berkaitan magik n fantasi nie... FYI masa kecik2 dulu aku selalu berangan nk jd witch yang boleh gerakan barang dengan mata. Dan satu hari sampai juling aku pandang cawan atas meja sebab aku malas nk letak kat dapur ... hahahahaha.... 

Cerita ni telah diadaptasi dari novel remaja tajuk "the last apprentice" digenrekan sebagai fantasy film. Permulaan cerita nie menunjukkan watak Mother Malkin most powerful witch terlepas dri kurungan setelah bertahun dipenjarakan oleh Spook Master Gregory. Semasa proses menangkap semula Mother Malkin perintis Spook telah dibunuh dan Mother Malkin berjaya melepaskan diri. Jadi Master Gregory perlu mencari perintis baru yang mana merupakan seventh son of the seventh son sebelum munculnya the red moon. Jadi dengan semakin hampirnya ketibaan the red mood maka nie adalah perintis terakhir Master Gregory yang menentukan samada kemusnahan ataupun kejayaan.


Jadi kenapa seventh son of the seventh son. Kenapa bukan yg sulung ker atau yg keenam (sbb aku anak keenam, hihihihihi) Sebenarnya dalam kepercayaan karut mmg telah dinyatakan anak ketujuh dari anak yg ketujuk (macam tu ker, huhuhuhu entam ler) akan mempunyai sort of  special power lebih kurang gitu. klo nk tahu lebih lanjut rajin2 ler membaca. (T____T)

Untuk cerita nie aku bagi up sikit tiga setengah bintang... hihihihihi sebab aku mmg minat genre cite gini.... heheeeeeeeee
Tapi sebenarnya aku mengharapkan akan ada cerita mengenai Mother Malkin. Walaupun memang ada dinyatakan dalam movie nie yg Mother Malkin dan Master Gregory pernah bercinta bagaimanapun Master Gregory telah berkahwin dengan wanita lain (mortal) . Disebabkan kecewa Mother Malkin telah membunuh wanita itu. hurmmm.....Korang mesti pernah tengok cite  Maleficent kan. macam mana dorng twist cerita Sleeping Beauty. Dan aku harap boleh tengok dari sudut itu sekali lg tp bukan yg happy ending, macam mana seorang ahli sihir yg terkuat mati di tangan kekasihnya. mesti sedih... :'-(


Oklah pada aku dan pada sapa2 yg mmg minat movie genre sebegini aku sarankan untuk p le ke panggung untuk menonton ok...

Tu jer untuk entry kedua ari nie, aku rancang sebenarnya nk p tengok wayang petang nie tp rasa mlm nie mcm nk buat ot kebetulan ada yg MC... huhuhuhu sungguh dilema aku rasa (-.-") Oklah entry seterusnya aku nk buat review pasal cite melayu lak ok.  with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Review: Tak3n

Assalamualaikum and hi :-)  di sini aku sekali lg ingin mengukir sebuah cereka mereka...... ceh tuiii  .... hahahaha untuk ari nie aku bersungguh2 nk buat 3 entry sekali gus (mata tak boleh nk tido walaupun aku baru jer post nyte) (-.-").... Jadi untuk entry yg pertama aku nk update review untuk movie Taken 3 yang mana aku dh tonton minggu lepas.... hohohohohoho


Movie ni dikatakan sebagai penutup bagi kesinambungan trilogy taken yang mana mula ditayangkan menerusi Taken (2008) and Taken 2 (2012)...  

Movie yg digenrekan sebagai action thriller ni, memfokuskan watak utama iaitu Bryan Mills lakonan Liam Neeson seorang bekas CIA (kalau tak silap aku).... Bryan telah dituduh dalam sebuah jenayah yang melibatkan bekas isterinya di tempat kediamannya. Tanpa sebarang alibi yang boleh menafikan perbuatan tersebut. Bryan mengambil keputusan untuk melarikan diri demi mencari pembunuh sebenar bekas isterinya itu dan sekali gus ingin membalas dendam atas kematian wanita yg dia sayangi (cehh wahhh). Setiap detik satu per satu dibongkarkan and unsurprisingly kes ini turut mengaitkan perbuatan suami kepada bekas isterinya.

Pada aku, cerita nie was not that bad, okay walaupun pada permulaan cite nie agak sedikit slow dalam 15 minit pertama (boringggg) tapi lepas tu its getting better and better. Ramai yang cakap Taken 2 lagi best dan aku pun bersetuju dengan pendapat tu.

Secara keseluruhan aku bagi movie nie 3 bintang. Bolehlah kalau nk ditonton kat panggung klo malas boleh download dan tengok kat rumah (waaaa kelas ko jah) tp yg dh follow from 1st movie rajin2kan lah diri melengkapkan diri anda untuk menonton... tak rugi apa pun ;-P haaaa aku lupa ada satu lg aku nk cakap, terdapat beberapa ura-ura yg menyatakan bagawa mungkin akan ada Taken 4. Well who know. we just wait and see....


Okay thats all for my 1st review. Tunggu jap eh aku nk p mem"beri". sat g aku cont' 2nd review. Untuk cite apa tu agaknya yer... hihihihi tunggu je lah... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Wednesday, January 7, 2015

vOlunteEr... me? urmmmm (Part 2)

Hi I'm back... hohohohoho maap semlm lepas isya' pale aku dh pusing2 jd terus tido.... :-P

Aku suka pic nie, sebab kami nmpk tersangat poyo di sini

Misi Bantuan Banjir UKM
Ok kita teruskan babak seterusnya perjalanan aku dan pasukan Delta di Gua Musang. Tapi sebelum tu aku nk share gambar2 keadaan di sana.  Jom layan....
taklimat sebelum pembersihan dijalankan
keadaan kantin sekolah
nie baru bahagian depan tak tengok lg dapur die (-.-")
inovasi pembuangan lumpur
pembersihan kawasan surau.
mesin pam air yg sangat membantu dalam pembersihan
selepas 2 hari pembershan, berkilat
kami hanya mop jer, yg bersihkan lumpur tu geng lain (-.-")
Sesi pembersihan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, yg dikatakan kawasan kritikal oleh pihak disana. Kami sebagai pasukan perubatan awalnya membantu jugak ler walaupun xseberapa kat sekolah tu, then dalam jam 10 pagi kami mulai berangkat memasuki kawasan perkampungan di sana.












dijamu oleh orang kampung di sana

Mokcik ngan pokcik nie rumahnya dh abis hancur dibadai banjir, dorng sekarang menumpang di rumah menantu dorang tp still akan duduk di situ untuk melihat rumah yg penuh dengan kenangan yg disimpan.

Klinik Daerah pun abis (-.-")













Pertama kali aku masuk kat perkampungan ni, hati aku sangat2 sayu. dok kedip2 mata tahan huhuhuhuhuhu.... tapi serius agak tersangat teruk keadaan di sana.

tp bila bergambar muka kena ada senyummmmm...







Assisting Dr Izwan buat I&D

pemeriksaan kesihatan mangsa panjir di SMK Tengku Indra Petra




Banyak yg aku belajar dengan masyarakat di sana...  walaupun ditimpa musibah sebegini meraka semua mampu tersenyum melihat kami, menyambut kami dengan mesra.... Ya Allah, klo terkena pada aku mampukan aku terus tersenyum seperti mereka...
Ada yg siap melawak lg. teringat kata2 seorang makcik tua yg kami datangi. kami tertanyakan khabar. die membalas "tok sihat, rumah tok aja tak sihat ilang tak tau ke mana" dan die sambil tersenyum.... Masya'allah kuat nya tok nie....

One And Only....


One and only kes yg agak teruk yg kami perolehi adalah kes adik nie yg mana adik nie terjatuh dari ketinggian 20 kaki dari landasan keretapi. nasib baik adik nie jatuh di kawasan yg berlumpur rasanya tu sebab utama impak die kurang sikit. jd dri pemeriksaan fizikal kami mememui beberapa laceration wound di bibir dan kepala dan huge hematoma at left periatal. Adik nie telah selamat dihantar ke Hospital Gua Musang, hopefully adik nie ok :-) mudah2an....

Farewell...... :)






Kami berbut kuning, hihihihih



Seronok bekerja dengan kamu semua...
Sebenarnya aku rasa tak cukup pun masa kami kat situ. klo blh at least seminggu. Apa2pun kami dh pun selamat sampai ke realiti yg sebenar. Dan ari nie team Echo dh pun selamat bertolak ke Gua Musang. Good luck to them.Aku harap aku dp sertai lebih bnyk aktiviti seperti nie, pada masa2 akan datang, insya'llah :-)

Sampai sini aja lah yer, aku ingin menamatkan entry kali ni. sat lg i ada date... bye bye... Jumpa lg :-) with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"