Sunday, March 29, 2015

Review: Cinderella

Assalamualaikum and hi again :-) .... Cinderella.... hmmm.... sape yg tak pernah menonton cerita nie... tipu lah klo aku cakap aku tak pernah tengok pun ... huhuhuhu btw its one of my favorite fairy tail masa kecik2 dulu lah... Cerita yg penuh dengan nilai dan pengajaran.... 

Baru2 nie, cerita Cinderella telah direalisasikan (wah ayat kau bukan main) hahahahaha lebih kurang macam dimanusiakan lah hmmmmm.... Mula2 masa aku dapat tahu pasal cerita nie aku agak tak sabar untuk menanti pergi menonton kat wayang... aku nk tengok apa perubahan yg dorng lakukan bagi memodenkan cerita klasik ni... memang harapan aku tinggi untuk cerita ni....


Korang pernah tengok tak movie Maleficent.... Macam mana dorng ubah twist cerita Sleeping Beauty menjadi pada pandangan watak jahat iaitu ahli sihir Maleficent.... Dan kali nie aku mengharapkan benda yg sama.... :-)

Jadi baru2 nie lepas abis keje malam aku dengan penuh kegigihan pergi le menonton cerita nie kat GSC Times square (port biasa aku, huhuhuhu ) ....

Masa permulaan cerita nie ditayangkan short movie pasal frozen fever ... aku tak tahu lah mmg semua tayangan akan ada atau masa aku tengok tu jer ada.... cerita pasal birthday Anna... apa2pun short movie nie mmg best terbaik.....



Ok kita sambung balik ker Cinderella...




Cerita bermula dengan pengenalan sebuah keluarga yg sangat bahagia iaitu sepasang suami isteri bersama anak perempuanya Ella... bagaimanapun kebahagiaan itu tidak berkekalan lama apabnila ibu Ella telah meninggal dunia dan tinggal lah Ella bersama ayahnya sehingga dewasa. Akibat kesunyian ayah Ella telah mengambil keputusan untuk berkahwin. Pada masa itu, Ella telah mendapat keluarga baru iaitu ibu tiri dan 2 orang kakak tiri. Lepas tu ayahnya pula meninggal dunia maka tinggallah Ella bersama keluarga tiri nya....




Disebabkan terpaksa menanggung hutang ibu tirinya terpaksa memecat semua org gaji di rumah mereka dan Ella terpaksa mengambil alih tugas membersih dan membasuh seperti orang gaji yg tidak berbayar.... Hidupnya bertukar apabila die bertemu dengan prince charming, Mr. Kit (yg mengaku dirinya adalah perintis di istana).....




Hurmmmm..... disebabkan aku meletakkan harapan yg tinggi untuk cerita ni tp unfortunately aku merasakan cerita ni sangat mendatar... ye aku akui segalanya dalam cerita nie sangat indah sweet2 gitu, tp aku tak merasakan apa2 pun ianya seakan2 copy and paste cerita asalnya tanpa sebarang excitement.... Sesungguhnya aku mmg sangat kecewa... (hahaha over sangat jer) ^____^


Pada aku lah banyak yg tak kena dengan cerita nie... watak keluarga tiri Ella mmg superb tp watak prince charming yg tak cukup kecharmingan nyer dah ler sedikit pendek pastu nmpk kebuncitan di situ, hahahahaha. Tarian pembukaan di majlis tari menari tu sangat awkward (dedua nmpk kayu) aku bukanlah pandai menari tp aku blh nmpk dorng menari mmg tak kena... huhuhuhu... last watak fairy god mother tu aku mcm tak faham kenapa ada....  ye mmg betul lah watak tu dalam versi asalnya tp untuk jalan cerita yg real life nie mcm tak kena. melainkan lah die buat sedikit perkenalan watak  fairy god mother ni here and there dri permulaan cerita... entahlah aku rasa sedikit perubahan mungkin cerita nie akan nmpk lg beauty and fairy like....  hahahaha ni pandangan aku jer, sbb sepanjang hampir dua jam aku tengok aku tak rasa apa2 pun, rasanya aku lebih excited mknan popcorn... huhuhuhu..... 



Sebenarnya aku lg prefer versi kartun berbanding yg nie sbb tiada sebarang keistimewaan yg aku lihat pada cerita ni... Jd secara keseluruhan aku cuma boleh bg sebanyak 3 bintang... huhuhuhu
Ok lah aku rasa ini aja untuk kali nie...sebenarnya entry yg nie aku dh tangguh hampir 2 minggu nk siapkan huhuhuhuhu tersangat2 malas aku nk siapkan waaaaa (-.-") ... apa2 pun  insya'llah akan update entry baru secepat mungkin.... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Saturday, March 14, 2015

Review: CHAPPiE

Assalamualaiku and hi again... i'm BACKKKKK.... hahahahaha jom2 sambung buat review. untuk entry kali nie aku nk buat review movie yang agak latest iaitu cerita CHAPPiE......cerita nie baru keluar beberapa minggu lepas dan aku berkesempatan menonton last week....




CHAPPiE merupakan sebuah robot yg memiliki perasaan dan keupayaan berfikir secara sendiri. Awalnya CHAPPiE hanyalah sebuah armour-plated police robots yg digunakan dalam membanteras kes-kes jenayah. Bagaimanapun penciptanya Deon Wilson telah berjaya menghasilkan cip penambahbaikan yg mana mampu membuatkan robot2 ni berfikir dan mempunyai kretiviti yg tersendiri. Namun usul mengupgradekan robot2 nie telah ditolak sebulat2nya oleh CEO nya. Disebabkan terlalu mengikut perasaan Deon secara diam2 telah membawa keluar sebuah robot yg hampir dimusnahkan dengan harapan untuk membaikinya dan menguji cip tersebut.



Geng ninja, aku tak tau nk cakap dorng nie watak baik atau jahat sebenarnya mungkin tengah2 kot. Dorng nie telah berhutang dengan gengster besar dan terpaksa menjelaskan hutang tu dalam tempoh yg terdekat. dalam keadaan terpaksa tu dorng berhasrat untuk menculik Deon dengan harapan untuk memiliki alat kawalan robot polis tu. Tp bagaimanapun dorng telah menjumpai sesuatu yg lebih baik, iaitu CHAPPiE.... Apa yang jadi dengan CHAPPiE dan adakah CHAPPiE menjadi seperti yang diharapkan oleh Deon??? Yang nie korng kena tonton sendiri....



Moose merupakan sebuah lg robot keluaran Tetravaal hasil rakan sekerja Deon... Robot nie tidak begitu digemari disebabkan saiz dan rupa yg tidak berapa sesuai digunapakai.

Secara keseluruhannya, aku boleh ckp cerita nie boleh tahan lah cuma aku tak faham apa yg dorng nk sampaikan dan apa ideology yang ingin diketengahkan... plotting bagi cerita nie ok not that bad cuma penghujung cerita die aku tak berapa berkenan what on earth dorng fikir boleh memindahkan kesedaran manusia ke dalam robot. lg best siap boleh save tahap kesedaran org mati dalam pendrive dan install masuk dalam robot.... Seriously!!!!!!!

Klo cite Kingsman  aku tengok midnite mata mmg terbeliak habis sampai ke penghujung tp berlainan pulah cite nie aku tengok tayangan jam 1030 mlm tp dekat kol 12 aku dh banyk kali menguap... huhuhuhu so faham2 je lah maksudnyer... huhuhuhu

Oklah jadi untuk cerita CHAPPiE aku beri tiga setengah bintang...... boleh lah kot tp klo dorng ubah penutup cerita die mungkin lg better rasanya... die buat Chappie hanta Deon ke hospital ker dan seterusnya terhasil dunia manusia hidup bersama robot dengan aman huhuhuhu (-.-")....



Aku rasa tu jer untuk kali nie kita jumpa lg di entry lain yer, dorng dok panggil dh banyak kali dah nie... k byeee... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"


Friday, March 13, 2015

Review: Kingsman: The Secret Service

Assalamualaiku and hi...Lama betol aku tak buat movie review ni huhuhuhuh bukannya xde cerita sebenanrnya banyk movie yang menunggu turn untuk direviewkan tp rasa malas ler pulok nk menaip... hahahahahaha (salah 1 punca aku kerap menyepi :-P )

Ok kali nie aku nk buat review pasal filem Kingsman: The Secret Service........



Kingsman: The Secret Service merupakan cerita genre action yang mengisahkan tentang secret spy organization.  Watak utama Gary Eggsy merupakan anak kepada salah seorang ahli Kingsman yang mana telah mengorbankan dirinya demi menyelamatkan rakan2 seperjuangan. Loket yang diberikan oleh Harry Hart (Galahad) 17 tahun yg lepas telah menyelamatkan Eggsy dari dimasukkan ke penjara. Pada masa yang sama, seorang lg ahli Kingsman, Lancelot telah terbunuh dalam misi perseorangan menyelamatkan seorang Professor yang telah diculik. Dengan matinya Lancelot, Kingsman organization  terpaksa merekrut seorang bagi menggantikan tempat Lancelot. 

nie adalah calon2 pengganti Lancelot
Eggsy telah dipilih untuk menjadi perintis kepada Harry Hart dan seterusnya bertanding bersama2 perintis Kingsman yg lain dalam merebut tempat Lancelot. Watak jahat bagi filem nie Valentine merupakan seorang yg berpengaruh yang mempunyai propaganda di mana die mahu mewujudkan bumi yang baru dengan memusnahkan semua manusia di bumi dan meninggalkan hanya golongan2 yg kaya raya jer... 

Secara keseluruhan aku boleh cakap cerita nie memang best dan wajib ditonton. Mana tak nya aku tengok mid nite  cite nie sampai kol 2 pg mmg tak mengantuk langsung mata segar jer dari mula sampai akhir mmg tak bosan.



Scene yg aku rasa paling suka sekali adalah masa kepala2 pihak jahat meletop mcm bunga api, hahahaha seriously epic.... 


kaki tu kaki tu.... wahhhh
Gazelle, merupakan orang kanan Valentine. Pada aku watak nie sngat cool sebab die pakai bladed prosthetic legs... Sekali hayun terus terbelah dua Lancelot....


Bagi cerita nie aku bagi empat setengah bintang... So yg belum tengok tu cepat2 lah tonton mmg tak rugi.

Ok tu jer untuk review movie Kingsman: the secret service .... jumpa di entry yg lain ....daaaa with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

Thursday, March 12, 2015

tahniah kepada pemenang....

Assalamualaikum and hi.... Dalam entry kali ni aku nk mengumumkan pemenang bagi cabutan bertuah sesi 1/2015.... Cabutan nie aku telah jalankan di pusat komunikasi PPUKM pada 10 March lepas dan telah disaksikan oleh kawan2 sekerja (supaya tiada sebarang unsur2 ketidakadilan) huhuhuhuhuhu... setelah diambilkira lebih kurang 15 penama telah layak utk dicabut undi... huhuhuhuhu nampak sngt kurang sambutan... (-.-") takpe lah ini cabutan yg pertama utk blog nie insya'llah aku harapkan lebih banyak sambutan dri pembaca.... waaaa berangan gitu, kelas ko jah... hahahahaha (^___^)
ni lah hadiahnya




Hadiah untuk cabutan pertuah kali nie adalah berupa seekor cockatiel normal pied jantan jinak....

Hahahaha bekas cabutan aku guna cawan polisterin jer.... xdan nk beli yg grand2...

Ok macam yg aku cakap dlm entry sebelum nie. Akan ada 3 penama untuk dicabut iaitu penama1: pemenang, penama2: simpanan1, dan penama3:simpanan2.... Jadi ni lah senarai penama yg telah dicabut...

OK... pemenangnyer adalah.....  bunyi drum sket.................................#%%$$@#**&^..........



pemenang: NurHidayah Daud
simpanan1: Mohd Azmir
simpanan2: Azli Shah



Ni lah rupa pemenang bertuah tu (mmg bertuah sangt lah kannn)... Hihihihihi alhamdulillah adiah pun telah selamat diserahkan kepada pemenang... Semoga seronok bersama teman baru (^___^)

Bagaimanapun yg tidak berjaya aku ucapkan terima kasih atas sokongan korng semua. Insya'llah ada rezeki aku buat cabutan bertuah sesi 2/2015 yer....

Ok jumpa lg next entry.... with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"