Saturday, February 14, 2015

Review: The Last: Naruto the Movie

Assalammualaikum and hi... Berakhirnya manga Naruto beberapa bulan yg lepas dengan penutupan happy ending di chapter yg ker 700. Aku start membaca manga Naruto nie dari aku zaman sekolah menengah lg... (its been a long journey).... Apa yg aku seronok membaca manga nie sebab kepelbagaian perasaan yg aku dalami menerusi watak2 cerita nie... Seriously ada beberapa babak (bukan beberapa, mmg banyak babak) yg betul2 membuatkan aku menangis teresak2... Ok kali nie aku bukan nk becerita mengenai manga Naruto yg telah tamat tu. tp aku nk buat review mengenai last movie die.... THE LAST:NARUTO THE MOVIE ^____^

Secara umumnya movie nie nk memfokuskan bibik percintaan watak utama Naruto Uzumaki dengan Hinata Hyuga. Seorang yg terlalu dungu untuk mengerti dan seorang lg yg terlalu malu untuk mengungkapkan. Penceritaan dimulakan dengan flashback watak Kaguya Otsutsuki dan kemudianya disudahi dengan pengenalan pertama watak Naruto dan Hinata. Selepas beberapa tahun Forth Shinobi World War, Naruto telah diterima oleh semua orng disetiap perkampungan dan menjadi kegilaan setiap gadis2 (kira mcm hero gadis2 le nie) hihihihi.... Bagaimanapun Hinata yg telah lama menyimpan perasaan cinta pada Naruto sering kali terbantut disebabkan perasaan yg teramat malunya itu. Penceritaan diteruskan dengan krisis penculikan adik Hinata iaitu Hanabi. Penacarian diketuai oleh Shikamaru Nara, Sakura Haruno, Sai, Naruto dan Hinata. Watak jahat yg dipertontonkan adalah Toneri Otsutsuki yg mana merupakan warisan Otsutsuki clan di bulan. Klo tak silap die merupakan anak cucu Hamura Otsutsuki... Hurmmm jap2 pening jap... ok macam nie ibu segala ibu iaitu Kaguya Otsutsuki
 ada dua anak iaitu Hogoromo iaitu Sage of Six Paths dan Hamura. Hamura membentuk clan di bulan (lebih kurng begitu) jd Toneri nie anak cucu Hamura membawa pegangan yg warisan Hogoromo telah merosakkan dunia shinobi di bumi...scara ringkasnya begitu lah harap aku tak silap fakta nnt kena maki dengan geng2 naruto, huhuhuhuhu -.-" .... macam yg aku cakap awal td cite nie lebih menjurus kepada bibik percintaan Naruto dan Hinata aka Byakugan Princess...


Sejujurnya aku sangat berpuas hati dengan movie terakhir nie walaupun pada aku cite die sekejap jer 113 minit hurmmm sepatutnya bagi movie terakhir buat ler 3jam ker... hihihihi... Bagaimanapun tidak memeranjatkankan movie  nie mendapat tempat pertama Malaysia Boc Office dari 29 Januari - 4 February (waaa tahniah2)....

Apa2 pun aku bagi 4 setengah bintang berkedipan untuk cite nie... hihihihi

Seriously sekarang nie aku malas sngat nk update blog entah ler, hihihihi... ada 3 movie lg yg aku tak buat review. huhuhuhuh review utk movie Naruto nie pun dh pending 2 minggu.... waaaa teruknya aku.... tp yg pastinya next entry aku kena buat utk cabutan bertuah.  ok with LOVE & FAITH, story of mine "black friday"

No comments:

Post a Comment