Monday, July 30, 2012

aMaLan suNat di bULan raMaDHan...

Assalamualaikum & salam sejahtera :-) ...  alhamdulillah baru jer balik dr solat taraweh kat surau rumah, balik2 terus menghadap leptop fikir nk update blog tp aku xtau pulok nk cite ape kali nie... huhuhuhuhuh  sambil2 fikir tajuk entry baru aku pun buat air kopi, hihihihihihi gile tol aku minum kopi nie... dan2 tu layan pulok ngan cite Nur Kasih (teringat aku zaman2 mula2 tengok cite nie masa dekat2 ramadhan sem 1 dulu, hihihihihihihi)
Baru nk g surau, hihihihihi 
Sedar xsedar kita dh pun berpuasa selama 10 hari, cepat jer masa berlalu... Sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa Ramadhan ini di awalnya rahmat, ditengahnya pengampunan dan di akhirnya adalah pelepasan dari api neraka...

Dh abis 3 episode nur kasih aku layan, tp xtau nk tulis mende, hihihihihi teruk tol aku... hurmmmm ok lah aku rasa nk share sikit pasal amalan2 sunat di bulan ramadhan xbanyak pun yg aku tau n rasanyer korng pun dh tau gak, hihihihihihi...

1) Bersahur
Kita digalakan melambatkan makan sahur n setidak2nya makan walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (credit tu ikhwanul)

2) Berbuka
Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
Berbuka dengan buah kurma atau benda2 yg manis. Hikmah disunatkan berbuka dengan kurma kerana ianya dipercayai mengandungi glukosa yg mampu memberikan tenaga segera kpd badan. selain tu, kurma juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A&C serta zat-zat mineral seperti iron, kalsium, sodium dan potasium (hihihihihi pandai tak aku, werrkkk nie copy n paste jer, credit to Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 4 the info :-P )

3) Lain-lain seperti:
-perbanyakkan membaca Al-Quran

-perbanyakkan sedekah

-iktikaf siang hari dalam masjid

-hadiri majlis2 ilmu

-menyediakan makanan utk berbuka bg org2 berpuasa

hihihih sebenarnya bnyk lagi amalan2 yg boleh dibuat di bulan puasa... jd korng rajin2 ler membaca n google jer lah, hihihiihih :-P


Hurmmm bulan Ramadhan nie datang setahun sekali (walaupun pernah 2 kali setahun, huhuhuh) bagaimanapun ia adalah sebaik2 bulan, yg penuh keberkatan, pengajaran, serta perlu dipenuhi dgn amalan2 utk mendekatkan lg diri pada Allah dan hubungan sesama manusia. Jgn lah ramadhan ini berlalu tanpa memberi sebarang kesan pada diri kita... Seperti daripada Riwayat Ibnu Majah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” 

Rasanye tu je lah yg boleh aku kongsikan utk entry kali nie, xbanyak mana pun yg dp aku kongsikan hurmmm aku nie xde ler berilmu mana klo takat2 copy n paste tu boleh lah pastu ngarut2 huhuhuhuhu...k lah sampai sini jer, kita jumpa kat entry laim pulak :-) with LOVE & FAITH, story of mine "black friday" 

No comments:

Post a Comment